Dec 14, 2012

Anggun di MataMu & Cinta Allah dan Rasul

Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum warahmatullah :)


Entry kali ni saya nak share tentang satu program ilmiah yg saya join pada 9 Disember, hari Ahad yg lepas. Syukur alhamdulillah program Anggun di MataMu & Cinta Allah dan Rasul berjalan lancar tanpa sebarang halangan :)

Okay pagi ahad tu memang excited sangat2 nak pergi. Dah salam mak abah apa semua terus gerak dan alhamdulillah sampai Masjid Selat Melaka pukul 8:50 macam tu. Sampai je kena beratur nak register nama. Allahu Rabbi perasan time tu rasa macam kerdil sgt sebab ramai muslimah yg berniqab dan bertudung labuh. Terdetik gak dalam hati layak kah aku pergi program ni :'( Tapi gagahkan juga diri sebab datang nak cari redha Allah, nak belajar, nak berubah. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan :D

Dah register nama apa semua terus masuk duduk dalam masjid. Dalam waktu tunggu program mula tu ada tourists dari Thailand ajak kitorang ambil gambar sama2 dgn diorang. Hehe datang datang je interframe pula dalam camera orang :p Tapi tak sempat nak ada gambar utk reference sendiri sbb diorang macam rushing je time tu. Semoga kita berjumpa lagi :) 10 minit lepastu semua yg hadir kena penuhkan ruangan dlm masjid bahagian depan.

Ustaz Saudi bagi ceramah tentang La'ilahailallah. Ustaz ada highlight kan tentang ciri2 orang yg cintai Allah, tentang tingkatan cinta kepada Allah, cara mencintai Allah dll. Ustaz cakap kalau kahwin nanti sebab cintakan Allah, bukan kahwin kerana cinta and yet, kita wajib mencintai suami/isteri kita lepas bernikah. Kosongkan hati dengan cinta kepada manusia. Jangan ada buayafriend dan gilafriend bak kata Ustaz Saudi ^^ 

Dah habis ceramah tu, ummi bahagikan kami semua untuk sesi usrah. Muslimin ada 2 kumpulan, muslimat ada 10 kumpulan. Saya kumpulan 7, naqibah kak Sofi. Kak Sofi belajaq kat MMU Melaka. Ei dekat je inshaaAllah boleh outing sesame lepas ni heheh :D Topik usrah adalah tentang dakwah disebabkan lepas solat Zuhur kami akan buat Street Dakwah di beberapa kawasan di Melaka.

So dah solat zuhur berjemaah apa semua, kami gerak ke kawasan Banda Hilir utk Street Dakwah. Tak boleh envy mmg byk sgt dugaan nak berdakwah ni. Dakwah mmg mudah tapi tidak bagi saya :'( Byk lagi kena perbaiki tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Go go pictures :D


Group 7 dapat kawasan kapal samudera tu. Mmg strategik sbb ramai tourists gi sana. Dalam waktu berdakwah tu dtg dua org polis (muka bengis habis) tanya kitorg buat apa. Then bila terangkan apa semua mcm yg ummi inform awal2 masa di masjid, dan polis2 tu pun faham ^^

Tepat jam 4ptg kami pun bergerak ke Masjid Selat Melaka utk solat asar berjemaah. Then ada sesi perkongsian tentang street dakwah. Theeeeeen hantaq kak zati dgn kak laila balik. Too bad bcs I drove alone~ Allahu Rabbi alhamdulillah kerna memberi ku peluang utk berdakwah walaupun tidak sehebat mereka yg lain. Done for this entry!

This is what my lecturer pm-ed me on facebook. Syukran jazilan for supporting sir!

Ps: Asif jiddan kat sesiapa yg menantikan saya update blog tentang program yg Team Hijrah Melaka anjurkan. Banyak sgt dugaan nak menaip ni hihi. Sekian, wassalam.




2 comments:

Anonymous said...

Islam itu mudah, umatnya yang kadangkala membuatkan ia menjadi susah. Setiap perbuatan kita, umat Islam, menjadi cerminan. Kini, kebanyakan golongan yang mahu memeluk Islam mengundur dan menarik hati mereka. Kenapa? Atas pantulan daripada umat Islam itu sendiri yang segelintirnya tidak menggambarkan apa itu Islam. Islam itu suci, namun ia mudah tercemar. Tercemar atas anasir negatif umat Islam itu sendiri. Itulah gunanya dakwah. Dakwah itu bukan tertakluk pada yang bukan Islam sahaja, ia seharusnya seiring kepada yang Islam. Kerana iman boleh bertambah dan berkurang kan? Inilah masa mengeluarkan 'tenaga tambahan' untuk mengecas 'bateri' iman tersebut. Menerbitkan pantulan nur Islam yang sebenar dan menarik orang bukan Islam daripada terus tersesat dan memeluk agama suci ini. Apa-apa pun, moga usaha anda, saya dan kita semua diredhai dan diberkati Allah. Insya'Allah

PS: Mohon maaf atas karangan BM ini. Almaklum, blog sendiri belum bersedia. Hihi. Jazakillah :)

Yang benar,
Tidak Dikenali

Afiqah Sanusi said...

Islam itu mudah namun tidak boleh dipermudahkan. InshaAllah semoga apa yg dilakukan makhluk Allah di sini sentiasa istiqamah dan diredhai Allah swt. Amin yaRabbal alamin..

Syukran jzln sentiasa menasihati dan support segala usaha ^_^

by,
yg tak mengenali awak :p