Dec 22, 2012

Tarbiyyah

Assalamualaikum warahmatullah :-)

 (copyrighted Farah Waheeda)

"Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa':32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokan hari iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Buat ikhwan dan akhwat, couple lah berpuluh tahun pun, jika Allah sudah mencatatkan si dia bukan milikmu, dia tetap tidak akan bersamamu. 

Jika dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah. Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya bukan untukmu, redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu. InshaAllah :-)

Percayalah dgn janji Allah,
"Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik." (Al-Nur 24:26)

Sekarang ini sama-sama kita berusaha untuk soleh dan solehah kan diri kita agar kita dikurniakan zauj mahupun zaujah seperti yang kita impikan, yang dapat beri kita kebahagiaan di dunia dan di akhirat inshaAllah. Belajar lah meredhai segala sesuatu yang Allah berikan :-)

Disertakan nas dan dalil akan sebab hukum haramnya bercouple, sila click INI

Jom berdoa ikut ajaran Rasulullah (dalam sujud),
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kpd kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penerang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin yang bertakwa." (Al-Furqan 25:74) 


Buat bakal Imam ku (whoever you are), mohon awak di sana jaga hati, jaga iman, jaga diri ;) Ceh! :p



Ya Allah, andai pernah diriku menjadi punca jauhnya seseorang hamba daripada-Mu, ampuni aku ya Allah :'(

Asif jiddan. I'm still learning. 
Jzkk 


1 comment:

Anonymous said...

Insya'Allah. Btw thumbs up (Y)
May peace be upon you :)